izharhadafi

Hulurkan tangan, Ringankan beban

In DS on Februari 10, 2009 at 12:55 pm
Please donate generously  Please donate generously

 

WALK WITH ME

Program ‘Walk with Me’ adalah anjuran KDSF Parents Support Group (PSG). Ini samalah seperti PIBG, cuma gelarannya berbeza dan kumpulan ini terdiri dari ibu bapa para pelajar dan bekas pelajar di Kiwanis Down Sindrome Foundation, National Centre.

Aktiviti utama program ini adalah berjalan bersama-sama anak-anak Down Syndrome mengelilingi kawasan perumahan berdekatan. Setakat ini saya difahamkan staf dari Petronas akan turut serta. Ahli St John Ambulance SMK Seri Bintang Selatan juga akan berada di situ untuk menolong memastikan kelicinan program.

Tujuan utama program diadakan adalah untuk mengutip dana bagi pembiayaan sebuah projek khas yang dimulakan oleh sekumpulan ibubapa di dalam PSG. 

PROJECT 7

KDSF hanya melatih anak-anak DS dari lahir hingga ke usia 6 tahun. Selepas itu, anak-anak ini akan diserap masuk ke sekolah kerajaan untuk pendidikan awal (rendah dan menengah) di bawah kelas khas kategori kecacatan masalah pembelajaran atau ‘slow learner.’

Namun begitu, mungkin kerana kekangan kewangan dan kakitangan, pembelajaran anak-anak DS di sekolah-sekolah kerajaan tidak banyak membantu perkembangan mereka. Ini mungkin juga disebabkan oleh kelas khas ini juga dihadiri oleh anak-anak dari kecacatan masalah pembelajaran yang lain, seperti lembam dan autism.

Percampuran anak-anak dari pelbagai spektrum kecacatan ini menyebabkan guru-guru tidak dapat memberi tumpuan ke atas pelajarnya. Ini kerana setiap kecacatan mempunyai kaedah pengajaran yang berbeza.

Keadaan ini disaksikan oleh ramai ibu bapa anak-anak DS yang berusia 7 tahun ke atas, di mana mereka menyaksikan tiadanya continuity di antara pelajaran yang di terima di KDSF dan sekolah kerajaan. Malah, ada anak-anak DS yang regressed atau menjadi semakin teruk apabila di hantar ke sekolah kerajaan.

KELAS RENDAH DI KDSF

Menyedari keadaan ini, Project 7 dilancarkan bagi tujuan untuk mewujudkan satu program baru di KDSF bagi anak-anak DS peringkat sekolah rendah. Program ini hanyalah sebagai tambahan kepada pelajaran yang diterima di sekolah kerajaan, dan akan diuruskan sepenuhnya oleh PSG dengan bantuan KDSF.

Untuk tujuan di atas, PSG akan mengumpul dana, antaranya adalah untuk membiayai aktiviti-aktiviti berikut:

i. melantik konsultan untuk membangunkan kurikulum pengajian

ii. menggajikan guru untuk program ini

iii. kos latihan guru-guru

iv. menyediakan alat bantuan pengajaran

v. kos administratif

HULURKAN BANTUAN, RINGANKAN BEBAN

Program Walk with Me adalah program sulung PSG untuk Project 7. Jika anda berminat untuk menderma, saya mohon tuan/puan untuk menghubungi saya di email: izharhadafi@gmail.com

Jika anda berminat untuk hadir ke majlis Walk with Me, sila datang ke KDSF National Centre, Taman SEA pada 22 Februari 2009, 9.00 pagi.

Alamat KDSF:

Lot 13490, Jln Jenjarom
Off Jalan SS23/1
Taman SEA
47400 Petaling Jaya
Tel : 03 – 7803 2179, 03 – 7803 0179

Arif, abangnya Hasif, Sabrina dan saya insya-Allah akan hadir ke majlis berkenaan. Jumpa di sana!

 

Arif dan Hasif

Arif dan Hasif

 

 

 

  1. program ini mcm jogathon + merentas desa..
    anak ds di kdsf akan berjalan dgn stroller bersama parents di kawasan sekitar sambil mengutip derma drp msyrkt sekitar….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: