izharhadafi

Antara Erdogan dan Muntadha al-Zaidi..

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Februari 3, 2009 at 12:18 pm

TEMPELAK ERDOGAN

Saya amat tertarik dengan reaksi PM Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa menghadiri persidangan World Economic Forum di Davos. Dia berkata “Mr. Peres, you are older than me, your voice comes out in a very high tone. And the high tone of your voice has to do with guilty conscience. My voice, however, will not come out in the same tone.” Beliau seterusnya berkata: “When it comes to killing, you know well how to kill. I know well how you hit and kill children on beaches”

dipetik dari BBC

dipetik dari BBC

Sudah lama saya tidak mendengar pemimpin utama negara Islam yang begitu berani menegur Israel. Terakhir adalah Perdana Menteri kita sendiri iaitu Tun Dr. Mahathir. Namun impak tindakan Erdogan ini lebih besar apabila beliau mengucapkannya di depan Shimon Peres sendiri di depan ribuan hadirin dan mendapat liputan media di seluruh dunia.

JATUHNYA KHILAFAH

Terbayang kembali penghinaan demi penghinaan yang di lemparkan kepada umat Islam dan Nabi Muhammad saw. Belum reda isu kartun menghina Nabi, negara Muslim di bantai hebat di Afghanistan, Iraq dan Palestin dan umat Islam di ‘serang’ secara fizikal dan mental di seluruh dunia. 

Semuanya bermula dalam 85 tahun lampau, pada 3 Mac 1924 M, umat Islam telah kehilangan sistem khalifah, yang telah memayungi mereka semenjak zaman Rasulullah saw lagi apabila Sultan Abdul Hamid II digulingkan oleh Mustafa Kamal Ataturk. Semenjak itulah maruah umat Islam telah dipijak-pijak dan dirobek semahu-mahunya oleh pihak musuh. 

Jika dahulu, maruah seorang Muslimah yang tercemar akibat gangguan ‘seksual’ semasa beliau berada di pasar oleh golongan Yahudi dari bani Khaibar dijawab dengan perang dan pengusiran seluruh kaum keluar dari Madinah, kini kita hanya mampu memendam rasa, walau umat Islam diganyang di seluruh dunia.

BELAJAR DARI SEJARAH

Oleh itu kita perlu belajar dari sejarah dan berhenti berharap seperti cerita dongengan purbakala bahawa ‘a knight with shining armour’ akan menyelamatkan kita. Tambah pula adiwira dambaan itu keluaran US mahupun EU. Jika kita mahu dihormati, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Tidak ada sesiapa yang akan bersimpati, hanya kerana label Islam di dada. 

Umat Islam perlu memperkuatkan diri, menggunakan HANYA cara yang telah digariskan oleh al-Quran dan panduan dari Nabi Muhammad saw dan bukannya cuba untuk meniru pihak musuh and trying to beat them at their own game. Don’t dream about it. It will never happen. 

 

dari Flickr

dari Flickr

Sekurang-kurangnya mempunyai keinsafan dan inisiatif sendiri seperti Muntadha al-Zaidi di mana setidak-tidaknya beliau telah membuat satu ‘political statement’ bagi pihak dirinya yang begitu muak mendengar kata-kata manis yang penuh beracun oleh George Bush Jr. 

Itulah yang saya harapkan (peringatan juga untuk diri sendiri). Kesedaran dan usaha setiap individu Muslim untuk memperbaiki diri dan menjadi yang terbaik dalam apa sahaja bidang yang diceburinya, kerana yakinlah di padang Mahsyar nanti kita akan dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara yang kita lakukan dan juga perkara yang kita TIDAK lakukan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: