izharhadafi

Keluarga saya

In DS, Famili on Januari 30, 2009 at 12:00 pm

Family Picture

Gambar di atas di ambil hampir genap setahun yang lalu di Strawberry Kijal Resort Apartments di Kemaman. Saya menempah kediaman ini melalui internet, di sebalik kekalutan membina bangunan extension untuk MILO Batching plant di Nestle Petaling Jaya. 

Setakat ini alhamdulillah saya dan Sabrina dikurniakan 2 orang anak lelaki, Muhammad Hasif 6 tahun dan Arif Uthmani, 3 tahun. Nama Uthmani itu diilhamkan oleh nama Tok Wan dari kedua-dua belah pihak sebelah ayah dan ibu saya yang kebetulannya sama, iaitu Othman.

Saya sekarang bekerja di sebuah syarikat chemical trading berdekatan dengan KLCC, manakala isteri bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Taman Shamelin Perkasa. Setelah berkahwin, kami tinggal di Cheras, sampai sekarang sudah hampir 7 tahun di sini.

Hasif bersekolah di Tadika al-Fath, berdekatan dengan rumah dan mulai tahun ini transit di Nurseri ‘Paling Comel’ bersama adiknya Arif. Adik Arif walau baru berumur 3 tahun juga bersekolah di Kiwanis Down Sindrome Foundation(KDSF) National Centre di Taman SEA, Petaling Jaya.

Adik Arif mempunyai Down Sindrome (DS) sejak lahir. Ia adalah satu keadaan di mana DNAnya mempunyai lebihan 1 pasang kromosom dari manusia normal. Alhamdulillah, setelah menjalani pembedahan jantung di IJN pada usianya 3 bulan, Arif tidak lagi menghadapi apa-apa masalah kesihatan kronik yang biasanya dikaitkan dengan kanak-kanak DS.

Kami menerima Arif Uthmani seadanya dan sepertimana ibubapa yang lain, akan mencuba memberi yang terbaik kepadanya bagi memastikan sekurang-kurangnya Arif dapat berdikari apabila dia mencecah dewasa. Itulah harapan kami. 

Melalui blog ini, insya-Allah kami  akan berkongsi pengalaman kami sendiri dalam menjaga anugerah Allah ini dan andai ada ibubapa lain yang mempunyai anak istimewa seperti kami dapatlah kita berkongsi maklumat dan saling bantu-membantu (support group) di dalam membesarkan mereka. Komen anda amatlah dialu-alukan..

  1. syabas izhar,ketabahan awak membesarkan arif akan dapat ganjarannya.sy tertarik dgn artikel ini kerana sy pun dianugerahkan anak ‘special kid’ berusia 8thn.sy suka mencari mklmt tentang anak ini kerana sy dapat info baru dan sy akan bertambah cekal dalm sy membesarkannya.sy dan suami bekerja sendiri,kami sering tak dapt memenuhi jadual terapi kerana berada di luar kawasan.tapi dapat juga mghntrnya sekejap di kiwanis.nampak juga hasilnya.dlm pada itu sy daftar ke pendidikan.dpt surat pra sekolah tapi sy tak mghntrnya.setahun selepas tu dt surat memasuki ppki di sek ren seri bandar,mel.kami perlu ubah jadual kerja agar dini berkesmptn ke sek.lupa pulak mengenalkan anak istimewa sy nur shardini.sy risau dini tak sesuai dgn persekitaran sek.tetapi alhamdulillah,2010 adalah tahun kedua dini di sksb,dia telah pun menunjukan prkmbgn yg cukup bagus.tak semua ppki sek kerajaan ni mencampurkan semua golongan oku.sperti dini,di kelasnya hanya tahap rendah dan dini diberi pendedahan semua subjek.walaupun sy tak sempat membawanya ke mana2 terapi,sy,suami dan anak2 yg lain byk membantu.hasilnya thn lps dini dpt hadiah masa ujian akhir thn utk peringkat rendah.sekian buat kali ini.

  2. as’kum izhar sekeluarga.selamat menjalani ibadah puasa,semoga ramadhan kali ini membawa seribu berkat.apa kabar adik arif,moga brtmbah sihat dan ceria selalu.shardini sy baru sembuh,demam selsema.dh seminggu cuti,insyaallah hari isnin depan dia ke sekolah kembali.untuk usia shardini 8 thn,sy hanya pantau prkmbgn mindanya.sejak dia ke sekolah,sy cuba terapkan buku2 aktiviti pra sek dan pen khas.kini,buku adalah teman rapatnya.walaupun shardini tidak dapat menjadi sesempurna anak normal,dia tetap menjadi kebanggaan kami sekeluarga.mudah2an ALLAH panjangkan umur dan mendengar doa kami.aminnn..!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: