izharhadafi

Balik koleq..

In Uncategorized on Januari 22, 2009 at 5:34 pm

BALIK KOLEQ

Kali terakhir saya secara rasminya balik ‘koleq’ ialah semasa Old Boys weekend 2007. Itu pun sempat tidur semalam di rumah Pak cik Syed bersama Berg dan Joe dan keesokan harinya terpaksa balik ke KL atas urusan kerja. Kali ini saya balik bersama Wyre, yang saya jemput di rumah ibunya di Selayang. Pak’e pula dengan rombongan Ironbound bertolak berasingan, dengan janji untuk bertemu di koleq sekitar jam 1130-1200 tengahari. 

Saya telah pun membuat temujanji pada hari Sabtu, 17 Januari dengan Cikgu Zamri, jurulatih untuk pasukan kriket Kolej Melayu. Mereka telah memohon bantuan kewangan dan peralatan semasa musim cuti sekolah Oktober-Disember dari pihak old boys. 

Gray Nicols

Kami dari batch 95 pula agak lambat, dan terlepas keretapi untuk menderma. Tetapi atas daya usaha semua, kami berjaya juga mengumpul sejumlah wang untuk membeli 3 buah bat Gray-Nicols Viper, setiap satunya berharga lebih kurang RM600. Saya mengutip dana dari Malaysia dan Tounge sebagai Penghulu batch 95 di UK/Eire  bertugas untuk mengutip wang dan membeli bats di UK dan diposkan ke Malaysia.

Sampai di sana, suasana di kawasan Big School dan kawasan sekolah lengang. Rupa-rupanya hari berkenaan merupakan hari bersekolah. Sabtu gantian untuk cuti Tahun Baru Cina. Semuanya berada di dalam Hargreaves Hall untuk satu sesi taklimat. Pak’e, Wyre dan saya mengambil keputusan untuk berjalan-jalan melihat perubahan yang berlaku di sekitar Prep School dan kelas tingkatan 1. Di Padang Prep School

Terdapat satu blok bangunan yang di bina di tapak rumah Cikgu Azmi @ Wawu yang dulu. Dari rekabentuknya tidak banyak berubah dari rekabentuk Prep School, asrama bagi pelajar tingkatan 1. Saya dan Pak’e berteori, mungkin pihak pentadbiran ingin menggunakan bangunan berkenaan untuk menempatkan pelajar-pelajar International Baccaleurate (IB), yang mana desas-desusnya akan memulakan pengambilan pelajarnya pada 2010 di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

BERTEMU TEAM KRIKET

Lebih kurang jam 1230 tengahari, kami kembali ke kawasan Pavilion. Kelihatan sekumpulan pelajar menunggu di wakaf berhadapan dengan pondok pengawal di Pavilion. Tepat sekali, mereka adalah dari pasukan kriket, yang menunggu kami, mungkin atas arahan Cikgu Zamri. 

Bersama mereka ialah Cikgu Haidhir, juga salah seorang jurulatih pasukan kriket. Setelah bertegur-sapa dan bersalaman, kami menyerahkan sumbangan kami kepada kapten pasukan, beserta amanat-amanat penaja, terutamanya dari UK/Eire : )

Dari perbualan kami, pasukan kriket ini akan memulakan pertandingan peringkat daerah pada minggu pertama Februari dan seterusnya peringkat negeri pada minggu berikutnya. Buat pertama kali, MCKK perlu bertanding di peringkat daerah kerana tahun ini, ada sebuah sekolah baru (saya dah lupa namanya) turut menghantar pasukan untuk bertanding. Kejohanan kriket peringkat Zon Utara pula akan bermula pada awal Mac. 

2009 MCKK Cricket team

2009 MCKK Cricket team

Wyre and the team

 

Bergambar bersama pasukan kriket MCKK

Bergambar bersama pasukan kriket MCKK

   (maaf gambar kurang memuaskan, camera handphone)

 

First impression, present boys yang bermain kriket tahun ini tinggi-tinggi belaka. Dan semuanya ‘full-time’ bermain kriket! Which we never dreamt of during our days. Semasa zaman saya bermain kriket, core players adalah 4-5 orang, selebihnya kami akan pujuk/paksa hockey players. Dan dahulu, kriket bukanlah pilihan utama sukan di MCKK. Mereka lebih berminat untuk bermain ragbi, bola dan hoki. Tetapi pada tahun 1995, di sebalik kekurangan yang ada, kami berjaya menjadi Champ Perak!

Apa yang penting adalah keazaman untuk berjaya, usaha yang gigih serta perancangan yang rapi. Keazaman itu kami dapat dari kegagalan pasukan hoki 1995 (it’s a long, bitter story altogether and technically, I’m not part of the team), dan disebabkan itu kami berusaha gigih serta bimbingan dari coach kami Mr. Vijeyalingam. Harap-harapnya pasukan kriket MCKK 2009 dapat mengulangi kejayaan kami pada tahun 1995. I can see the fire in their eyes..

  1. wah, hebat tul. beli kriket bat pon sampai kt UK…nie kalo x mng lg, xtaula.

  2. itu mmg bangunan utk IB intake..ada keluar dlm Mcoba news

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: