izharhadafi

Obama Malaysia?

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Januari 21, 2009 at 12:54 pm

CITA-CITA

Semasa saya kecil, dalam lingkungan umur 10-13 tahun jika ada orang yang bertanyakan cita-cita saya; dengan penuh yakin saya akan katakan, ‘nak jadi Perdana Menteri.’ Kebanyakannya tersenyum mendengar jawapan saya, dan mungkin juga sinis, sebagaimana sinisnya saya sekarang mengingatkan cita-cita saya yang menggunung itu.

Membesar dengan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam 2/3 dari kehidupan saya, peristiwa Reformasi sekitar zaman pengajian Universiti saya banyak mencorakkan pemikiran dan pandangan saya terhadap dunia politik. Itu tidak termasuk pendedahan tentang peristiwa-peristiwa penting dunia yang melibatkan pemimpin politik tersohor seperti Suharto, Bill Clinton, Yasser Arafat, dan lain-lain.

Kebanyakannya memalitkan satu metafora jijik dan menjengkelkan. Sehingga satu ketika saya begitu berazam untuk tidak mahu terlibat atau mempunyai kaitan langsung dengan dunia politik. Dan sehingga sekarang, saya hanya mengikuti perkembangan dunia politik Malaysia dan antarabangsa ‘at arm’s length.’ 

HARAPAN BARU

Obama dibayangi tugu Abraham Lincoln

Obama dibayangi tugu Abraham Lincoln

 

Semalam, Barack Hussein Obama telah pun mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Saya mengikuti upacara mengangkat sumpah dan mendengar ‘Inauguration Speech’ “Presiden” Barack Obama melalui Youtube.                                                                                                                                                                                      

Semenjak kempen pemilihan calon Presiden dimulakan, ‘Obamamania’ telah melanda dan menakluki hati dan pemikiran rakyat Amerika khususnya dan penduduk dunia. Tidak dinafikan karisma dan ketokohan yang ada padanya menyebabkan semua orang menaruh harapan yang baru kepada Barack Obama. Saya sendiri merasakan begitu dekat dengannya, melalui penulisan buku, pembacaan tentang kisah hidupnya, dan cara kempen yang dijalankannya. 

OBAMA MALAYSIA?

mencari pemimpin

Saya pasti ada di antara kita yang begitu berharap mungkin suatu hari nanti, seorang Obama akan muncul di Malaysia. Dia akan menyatu-padukan golongan yang bertelagah, menjadi suara rakyat marhaen dan memberi harapan baru kepada kita, rakyat Malaysia. Pemimpin seperti Tun Dr. Ismail yang mengorbankan diri demi kepentingan negara.

Sebagaimana saya juga mengimpikan lahirnya Salahuddin al-Ayyubi yang dihormati rakan dan lawan, menyatupadukan umat Islam yang berpecah-belah pada ketika itu dan membebaskan rakyat tertindas di bumi Palestin. 

Sama ada Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 ini akan diingat di dalam lipatan sejarah sebagai negarawan ulung yang pernah dilahirkan masih menjadi tanda-tanya. Namun harapan yang diberi setidak-tidaknya memberi permulaan yang baik bagi negaranya. Begitulah juga dengan harapan saya akan datangnya Obama Malaysia, another audacity of hope?

 

 

  1. I believe your hope is the hope of most of us in Malaysia. Semoga Allah memakbulkan harapan baru untuk Malaysia dalam apa jua bentuk dan daripada mana-mana pihak sekalipun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: