izharhadafi

Ikhlaskah aku?

In Motivasi & kerjaya on Januari 19, 2009 at 4:14 pm

Adakalanya sikap kita ikhlas menolong akan teruji apabila kita sendiri ditimpa musibah. Terutamanya apabila orang-orang yang kita bantu mengetahui akan keadaan kita yang agak tertekan dan memerlukan bantuan tetapi memilih untuk berdiam diri. Pada ketika ini, mulalah hati ini mula mencongak-congak, tidak cukupkah bantuan yang kita berikan sebelum ini, apabila kita kesusahan, mereka cuba mengelak dan buat tidak tahu saja.

Kita pada mulanya ikhlas membantu. Tetapi apabila kita kesusahan, orang yang dibantu tidak menolong kita. Kita terasa kecil hati dan menjauhkan diri. Bila  mereka kesusahan selepas itu, kita akan berkata, “Padanlah dengan muka mereka tu, dulu semasa aku susah sedikit pun mereka tidak menolong.” 

Maka masuklah kita ke dalam  salah-satu dari ‘talbis’ atau tipudaya iblis. Banyak sekali tipu dayanya sehingga boleh dibuat buku oleh Ibnu Jauzi. Dan sedarlah, bahawa ini juga sebahagian dari ‘trick’ di dalam kocek iblis untuk menyesat dan memecah-belahkan kesepaduan ummah.

Talbis Iblis

Saya sendiri adakalanya turut terheret di dalam perangkap iblis ini, gara-gara mengikut emosi. Adakalanya terlepas cakap. Dan benarlah kata pepatah, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’ Dan saya terpaksa menanggung akibat dari perbuatan saya ini kerana mengikut perasaan.

Tetapi seboleh mungkin, dan adakalanya berjaya; saya akan cepat-cepat beristighfar dan membuang jauh-jauh prasangka buruk yang ada. Saya akan cuba merenung ayat-ayat al-Quran yang berkaitan, seperti contoh ayat 286 Surah al-Baqarah yang bermaksud: ” Allah tidak akan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya..” 

Maknanya jika saya ditakdirkan untuk menerima musibah, maka siapalah saya untuk menidakkannya dan pastinya Allah mengetahui yang saya mempunyai kemampuan untuk mengatasinya. 

Pada ketika saya kesusahan dan tidak ada orang yang menolong, saya akan segera cuba menginsafkan diri bahawa Allah itu ada dan Allah adalah sebaik-baik tempat untuk meminta pertolongan. Tidak ada gunanya sedih atau meratap pertolongan makhluk yang tidak kunjung tiba tetapi terlupa untuk sujud dan memohon pertolongan dari Tuhan yang maha mengasihani itu.

Saya akan memujuk diri dengan membaca satu lagi ayat yang diulang-ulang dalam surah ar-Rahman, “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” sebagai peringatan kepada saya, musibah yang saya hadapi ini hanyalah sekelumit dari musibah yang ditimpakan kepada rakyat Gaza, selatan Thai, Kemboja dan lain-lain lagi. 

Dan saya katakan, ‘Hasbunallah wa nikmal wakil’ – cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung (ali-Imran: 173)..

putus-asa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: