izharhadafi

Anak-anak Gaza

In Famili, Pemikiran & Ehwal Dunia on Januari 15, 2009 at 11:49 am

RUTIN HARIAN

‘Abah, balik nanti kita main kat taman ye?” kata anakku semasa saya menghantarnya dan adiknya di nurseri ‘Paling Comel’. Saya tersenyum dan berkata “Insya-Allah, kalau Abah balik awal.” 

Oleh kerana ibu mereka perlu berada di sekolah setiap hari sebelum pukul 7.20 am, maka saya mengambil tugas untuk menghantar Muhammad Hasif dan adiknya, Arif Uthmani ke nurseri setiap hari pada jam 7.00 pagi. Hasif akan ke Tadika al-Fath dengan Van ‘Ibu’ yang akan mengambil dan menghantar kembali ke nurseri setelah tamat sesi sekolah.

Dalam pukul 6.30 petang, isteri saya akan menjemput mereka pulang, setelah dia menyelesaikan urusan-urusan rumah; membasuh, seterika baju, mop lantai dan lain-lain. Itulah rutin harian kami setelah Kunani, pembantu rumah kami pulang ke Indonesia selepas 2 tahun berkhidmat.

Selalunya saya akan sampai di pejabat lebih kurang jam 7.30 pagi. Waktu pejabat bermula pada 8.30 pagi dan selalunya saya akan membaca Ma’thurat dan suratkhabar di meja saya sebelum mula bekerja. 

ANAK-ANAK GAZA

anakgaza1

Hari ini saya membaca satu kolum oleh Shahanaaz Habib, wartawan The Star yang ditugaskan untuk membuat liputan mengenai pembantaian Israel ke atas bumi Gaza. Berikut adalah petikan artikel berkenaan- The Star 14 Januari 2009 (http://thestar.com.my/columnists/):

————————————

Indomitable kids of Palestine

Reporting from Rafah, Egypt
SHAHANAAZ HABIB

ARE we safe now? the child asked Dr Hossam A. Dayem. He was. The child, injured in the attacks on war-torn Gaza, had been rushed here in an ambulance.

Another laughed with ambulance staff. She had both her legs amputated after being hit by bomb shrapnels.

And Dr Dayem, an Egyptian doctor at the El Arish hospital, could not help but be impressed by the resilience of the Palestinan children.

“They are very patient and brave. One of the kids who arrived in the ambulance looked into my eyes and asked me ‘Are we safe now? Did we pass from the Israelis? Are we in Egypt? There will be no more bombs?’”

“I assured him that it was OK and there will be no more bombs after this,” he said while waiting for more ambulances with injured Palesti nians to arrive.

For Dr Dayem, there is character in the Palestinian children that “you will never see anywhere else in the world.”

He said teenager Jamila had both legs amputated because of bomb shrapnel but wanted “all the children in the world to see her like this.”

“She is laughing with the medical crew and nurses here all the time. You would never imagine this of a girl in her teens who had both legs amputated,” he said.

“A girl her age is bound to have dreams about marriage, love and all that. But it’s not affecting her.

“All her dreams are about dignity. These are the heroes of humanity. They are made from something that is different from us.

“The way they think, the way they feel, and the way they fight,” he said.

Dr Dayem said that, on the other side of the spectrum, there were children who are angry.

“They are awake and you see a lot of awareness and anger in their eyes,” he said.

“And I ask myself the sort of future Israel is making of Palestinian leaders,” he said, adding that the conflict would shape Palestinian minds in the years ahead.

“I think these children are the people who are going to make a difference in the future. Imagine a child who is raised in such a situation. It is very difficult,” he added.

—————————————

Hati saya menjadi pilu. Airmata tertahan-tahan untuk menitis. Saya terbayangkan situasi anak-anak di Gaza dan membandingkannya dengan anak-anak saya sendiri. 

Pada ketika anak saya bersuka-ria dan ceria di sini, anak-anak Gaza masih mampu membuatkan orang tertawa walau kedua kakinya terpaksa dipotong akibat kecederaan bom. Sedikit pun tidak mengeluh dan meratap untung-nasib mereka.

anakgaza2

Hari ini, anak saya boleh meminta itu dan ini dari ayahnya dan mendapat apa yang dihajatkan, anak-anak Gaza belum tentu akan bertemu ayahnya yang mungkin menjadi korban bedilan bom berangkai bersalut kimia fosforus buatan Amerika.

Bom Berangkai

Bom Berangkai

 

Petang ini, insya-Allah anak saya akan bermain gelongsor, menaiki buaian dan berlari-lari berseronok di taman permainan, petang ini entah berapa ramai lagi anak-anak Gaza yang bakal menjadi korban.

DOA QUNUT NAZILAH

Teringat kembali doa Qunut Nazilah yang dibaca imam Surau at-Taqwa sewaktu Subuh pagi tadi (lebih kurang maksudnya) :

Ya Allah, Sesungguhnya kami letakkan Engkau dibatang leher musuh-musuh kami!

Dan Kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka!

Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka!

Hantarkan Ya Allah, anjing-anjing kamu ke atas mereka!

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa!

Wahai Tuhan Yang Penuh Raksaksa!

Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka!

Ya Allah!  Wahai Tuhan yang menurunkan KITAB!

Wahai Tuhan yang mengerakkan awan!

Wahai Tuhan yang menewaskan Bala Tentera Ahzab

Kalahkanlah Mereka,……. Menangkanlah Kami….. ke atas mereka….

Amin..

Wahai anak-anak Gaza, maafkanlah kami kerana ini sahaja yang termampu kami lakukan buat masa ini. Tenangkanlah dirimu dengan janji Allah (maksudnya):

“Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140).

 

izharhadafi

Cheras, Kuala Lumpur

15 Januari 2009

 

 

  1. malu jugak dengan diri sendiri, kerana masih mampu tidur dengan nyenyak, makan seperti biasa sedangkan mengetahui saudara2 islam di palestine sekarang ini tidur dalam ketakutan dibom, entah makan atau tidak..a Allah,berilah kekuatan kepada mereka. kesenangan mungkin memberi keselesaan, tetapi ia jugak boleh menjadikan kite lemah and alpa dengan nasib saudara2 kita, mungkin?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: