izharhadafi

Selamatkan Gaza! (1)

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Januari 14, 2009 at 12:16 pm

Saya bercadang untuk membuat sedikit pengenalan tentang diri dan keluarga, oleh kerana ini adalah tulisan saya yang kedua di dalam blog ini. Namun, situasi semasa yang amat mengganggu emosi saya menyebabkan saya ingin menyentuh sedikit mengenai isu Palestin.

Save Gaza banner

Save Gaza banner

Pada hari Sabtu yang lepas (10 Januari 2009), saya telah membuat keputusan untuk menyertai sahabat saya, Lizal Iswady untuk bersama-sama masyarakat Malaysia membuat demonstrasi aman di Stadium Malawati. Rapat Umum Aman Palestin telah mengumpulkan antara 5000-10,000 (berbeza anggaran mengikut beberapa akhbar utama) rakyat Malaysia yang jelik melihat perbuatan kejam dan sadis tentera Israel yang melakukan ‘fasad’ atau kerosakan di atas bumi Gaza.

Memulakan perjalanan pada pukul 7.30 pagi, kami telah ke rumah Ustaz Abdullah Zaik, Pengerusi AMAN Palestin dan ISMA untuk mengambil anaknya Osman dan seorang rakan Osman. Kemudian kami terus ke sebuah lagi rumah di Seksyen 4 Bangi untuk mengambil seorang remaja lagi, Anas. Selepas itu barulah kami ke perkarangan Pejabat ISMA untuk bertemu dengan rakan-rakan lain. Di situ, saya bertemu dengan Ustaz Hakam, salah seorang ‘guru’ yang telah lama saya tidak bertemu. Alhamdulillah pada hari berkenaan saya di panjangkan umur untuk bertemu dan bertanya khabar.

Dalam perjalanan ke Shah Alam, kami mendapat satu lagi panggilan telefon dari Ustaz Solehan. Beliau juga ingin turut serta. Lizal bersetuju untuk menjemput Ustaz Solehan di rumahnya di Taman Sutera, Kajang. Ustaz Solehan juga merupakan antara ‘guru’ kami pada zaman universiti dahulu. Terkenang ‘zaman-zaman muda’ sewaktu berusrah bersama..

Setelah sampai di perkarangan stadium, kami telah di arah oleh petugas-petugas AMAN Palestin untuk meletakkan kereta di tempat letak kereta khas. Saya berpaling kepada Lizal. Dia menunjukkan kepada saya kertas A4 di dashboard yang menunjukkan logo ISMA sambil tersenyum. Oh, mungkin ini ‘special pass’ untuk parking di tempat yang lebih dekat dengan stadium…

Kami tiba di stadium agak awal, stadium baru terisi 1/3. Kami diminta duduk di atas lantai, di tengah stadium, bersama-sama remaja dan pelajar. Ustaz Solehan terlepas ke depan dan dia mendapat tempat duduk di sebelah kiri stadium. 

Jalan masuk perlu memijak bendera Israel

Sementara menunggu VIP hadir, kami ditunjukkan sedikit slaid mengenai Gaza dan beberapa ‘key words’ untuk dilaungkan semasa  berdemo. Antaranya:

Khaibar Khaibar Ya Yahud!

Jaisyu Muhammad Saufa Yaud!
Khaibar Khaibar Ya Yahud!

Jaisyu Muhammad Saufa Yaud!

Translate;

Khaibar Khaibar Ya Yahudi
Tentera Muhammad Telah Kembali

Bir Ruh! Bid Dam!

Nufdiki Ya Gazza!
Bir Ruh! Bid Dam!

Nufdiki Ya Gazzah!

Translate;
Dengan Nyawa!

Dengan Darah!

Kami akan bebaskan kamu wahai Gazzah!

 

Antara VIP yang hadir ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, Sdr. Mustafa Kamil Ayub (PKR), Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad serta Datuk Bandar Shah Alam dan Imam Besar Masjid Shah Alam.

Alhamdulillah, di dalam memperjuangkan isu-isu besar seperti ini, tokoh-tokoh berkenaan sanggup untuk meninggalkan fahaman kepartian dan bersama-sama berganding bahu untuk menyokong usaha murni AMAN Palestin ini. 

Saya teringat tulisan oleh Ustaz Abu Saif di dalam blognya saifulislam.com, bahawa Israel yang sedang mengganyang Gaza adalah realiti. Amerika Syarikat yang menjadi sekutu Israel dan gerakan Zionis Yahudi juga adalah realiti. Kita yang kononnya mewakili pihak Muslimin pula adalah ilusi.

Pada mulanya saya agak kabur dengan apa yang di maksudkan oleh Abu Saif. Kemudian di dalam analogi mengenai kisah burung kerdil yang menjatuhkan najis di atas tugu seorang wira bangsa, memberi saya kefahaman. Sikap Yahudi dan US sekarang ini memang telah pun ditunjukkan oleh Al-Quran. Kedegilan mereka, sikap membunuh nabi-nabi, riak, sombong dan taajub itu adalah seperti yang di gariskan dalam Al-Quran. 

Manakala Al-Quran juga ada menyebut tentang sifat orang-orang Mukmin; iaitu antaranya yang mengasihi Allah dan RasulNya melebihi diri sendiri, saling bantu membantu di antara Mukmin, bersatu-padu berpegang di tali Allah, tidak berpecah belah dan banyak lagi. Adakah perlakuan kita hari ini menepati definisi Mukmin seperti yang digambarkan di dalam Al Quran?

Sebab itulah orang Islam masih tewas di tangan Yahudi!! Kita masih tidak menepati ciri-ciri Mukmin sebagaimana yang dikehendaki Allah swt!! Sebab itulah, ilusi tidak mungkin akan mengalahkan realiti, biar kecil mana pun realiti itu.

Namun begitu kita tidak boleh mengaku kalah dan berserah kepada takdir. Demonstrasi aman yang dianjur oleh AMAN Palestin adalah satu permulaan kepada mujahadah kita yang berpanjangan. Mujahadah menentang hawa nafsu kita sendiri. Apabila kita berjaya menentang hawa nafsu kita sendiri,  barulah boleh mula ‘berangan’ untuk menewaskan musuh luaran!! Insya-Allah Allah swt permudahkan segala usaha kita ini..

Ramainya muslimat..

tempikan-hancur-israel

 

 

 

 

 

 

 

 
Ucapan Ust Abdullah Zaik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar-gambar diambil dari http://ismaweb.net/v2/

Gambar yang diambil sendiri akan di upload kemudian.

izharhadafi

Cheras, Kuala Lumpur

14 Januari 2009

  1. wah! bersemangat aku baca entry ni…bagus usaha ni izhar..aku sokong dari belakang..buat masa ni berjuang dgn boikot brg2 US dulu (aku dpt khabar Nestle juga termasuk dlm senarai) tapi ko dah tak keje nestle lagi kan?

  2. zaman skrg, perempuan pun dah boleh ke depan..
    pasal isu boikot, insya-Allah saya ulas di masa depan

  3. Jika musuh berbaju Israel maka sudah jelas dan mudah untuk diperangi. Namun jika musuh berbaju Islam seperti baju yang dikenakan pemimpin Mesir dan Saudi, itu yang repot, karena banyak muslim yang terperdaya dengan tampilan luar mereka….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: