izharhadafi

Salam dunia..

In Uncategorized on Januari 13, 2009 at 6:41 am

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah lama teragak-agak untuk memulakan blog, hari ini saya memberanikan diri untuk mendaftar dengan WordPress dan mula menulis. 

Bermulalah pengembaraan saya kali ini di tahun yang baru ini sebagai penulis blog!

Semoga tidak menjadi penulis yang ‘syok sendiri’ dan dapat memberi sumbangan kepada pembaca semua.

Dalam masa yang sama, saya mungkin perlu mengambil sedikit masa untuk belajar akan cara-cara untuk menggunakan ‘kemudahan’ yang ada dalam WordPress. Semoga ianya tidak memberi halangan kepada saya untuk terus menulis di dalam ruangan ini.

Pada masa yang sama saya tidak mahu ‘over-promise’ akan kekerapan saya untuk memuatnaik kandungan di dalam blog ini.

Walaubagaimanapun fokus utama blog ini adalah untuk berkongsi kisah-kisah kehidupan saya dan keluarga, di dalam menelusuri kehidupan di ibukota Kuala Lumpur. Cabaran sebagai seorang Muslim yang bekerja di syarikat swasta. Ini kerana saya melihat banyak sekali laman blog mengenai kehidupan pensyarah, guru dan para ilmuwan. Mereka menceritakan diari kehidupan dan cabaran yang mereka hadapi seharian di dalam ruang lingkup pekerjaan mereka. Namun sedikit sekali seorang profesional Muslim yang bekerja di sektor swasta yang menampilkan tulisan mereka di dalam laman blog (atau pun saya yang tidak berjumpa!)

Mungkin ada isu-isu yang berat dan mungkin juga kisah-kisah kecil dan ringan..wallahu’alam..

Semoga memberi manfaat kepada pembaca..

  1. Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

  2. salam izhar,

    welcome to the blogging world.. ada tu blog org Islam professional yg hang tak jumpa lagi…takpe, teruskan pengembaraan ke alam blog..hihi…

    kemsalam sab!

    • wah..tahniah, anda pemberi komen pertama blog ini! hadiahnya, pegi dapur buat secawan MILO panas and enjoy!

  3. salamz…wah tak sabar2nya nk baca.semoga berjaya!
    100% supporting!

    -adik bongsu yg comel-

  4. salam
    selamat berblogging…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: