Bila kesibukan melanda dan berterusan hingga laman blog sendiri terabai, maka timbul perasaan ingin menutup saja laman blog.
Bukan apa, rasa bersalah kerana ada pengunjung yang bertamu, tetapi dihidangkan dengan cerita basi, keadaan ‘rumah’ pun tak terurus.
Bukan kerana tiada cerita untuk dikongsi bersama, tetapi untuk mengolah dan mengarang satu-satu entri itu terasa payah sekali.
Mungkin kerana terlalu ‘occupied’ dengan perkerjaan dan urusan keluarga; ditambah dengan kuliah di hujung minggu, ‘assignments’, kuiz dan peperiksaan.
Namun insya-Allah sedaya mungkin saya akan teruskan menulis di sini, sama ada ada pembaca atau pun tidak kerana selain dari menulis untuk di baca, saya juga menulis untuk diri sendiri..
‘Accomplish, or do not begin!’


GOOD LUCK, AKU DH MERASA NGAJI PART TIME… MEMANG MENGUJI KESABARAN, TERUTAMA RASA MALAS…
ha ha..lama tak dengar cerita hang..kat KUKUM lagi ka?
Tak dak dah KUKUM… La ni kat UniMAP…
Tak dak laa apa2cita sangat… Cuma la ni dok tunggu wife aku nak bersalin… Insyallah bulan ogos ni.. Our 1st baby…
tahniah..semoga semuanya selamat..