Alhamdulillah, kami telah pun selamat bertolak dan pulang dari kampung kami di Pulau Pinang. Bertolak dari Cheras selepas Subuh hari Sabtu sehari sebelum Raya dan kembali ke KL pada hari Rabu, lebih kurang 10 malam setelah puas bertarung di jalan raya hampir 10 jam!
Dengan tempoh percutian yang begitu singkat, kami perlu bijak mengurus masa untuk mengoptimumkan kepulangan kami di kampung. Berikut adalah aktiviti kami sepanjang di kampung:
Ahad, 20 September
7.00 am – sarapan bersama di rumah Tok Yah di Teluk Air Tawar
8.00 am – sesi bermaafan seisi keluarga
9.00 am – solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Teluk Air Tawar, Bagan.
10.30 am – ke rumah Mak Tok di Kubang Semang (juga untuk sesi bermaaf-maafan)
12.00 pm – ke Balik Pulau. Sempat ziarah Pak Su Pudin, Tok Cik Askar, Tok Su, keluarga Mak Cik Leha di Sungai Rusa dan akhirnya Mak Tih.
Isnin, 21 September
8.00 – 3.30 pm – persiapan untuk Open House di Teluk Air Tawar
4.30 – 11.00 pm – sesi open house yang di hadiri oleh lebih 150 orang saudara mara, jiran dan tetamu. Main Menu: satay, nasi Bukhari hasil tangan Tok Su Haji dan specialty dish Chef Tih dengan sajian panas dari kuali Char Koay Teow.
Selasa, 22 September
8.00 am – Sabrina sempat lagi pergi mengurut dengan Tok Su Nab, bidan rasmi keluarga.
10.30 am – tukar ‘base’ ke Kubang Semang
1.30 pm – 10.00 pm -another round of beraya session. Rumah Tok Ndak, Cik Lah, Tok Su Machang Bubok, Pak Cik Mat Rodhi, Mak Ngah Zakiah & sahabat sebatch saya Moyze di Kulim, Kedah
Rabu, 23 September
Pagi – sesi packing untuk balik KL, dan sempat lagi buat alignment tayar dan cuci kereta..
Tengahari – Bertolak dari Kubang Semang dan singgah sebentar di rumah Tok Yah, Telok Air Tawar
1.00 pm – bertolak ke KL. Bermulalah episod ‘bumper-to-bumper’ jam sehingga 10 malam di atas jalan raya..
Gambar Kenangan Hari Raya
Gambar Famili
Selepas sembahyang raya
Arif beraya dengan Tok Nek Mah
Hasif dengan Tok Nek Chaq
Birthday Tok Yah
Yasin & Tahlil
Chef Tih & sidekicknya, Azim
Mak & anak-anak dara

Komen terbaru