Dunia Hasif

TERJATUH DI SEKOLAH

“Abah, dah sampai kampung dah ke?” tanya Hasif, setiap 15 minit sejak kami bertolak dari rumah untuk pulang ke kampung hari Ahad lepas. Begitu teruja untuk kembali ke kampung, mungkin setelah mendengar sepupunya Ahmad juga sudah berada di kampung menantinya.

Kami bertolak lewat sehari kerana menanti isteri saya, Sabrina untuk menghabiskan urutan kaki hari terakhir dengan Pak Ndaknya, Ustaz Sobri Mat di Gombak. Dia terjatuh di sekolah semasa mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu minggu lepas, hari di mana saya berada di Kuala Kangsar untuk sesi penyerahan bats kepada pasukan kriket Kolej Melayu.

Mujur pada hari itu keluarga saya ada di rumah. Adik saya Raihan, baru lulus doktor menemani isteri sehingga habis menerima rawatan di HUKM Cheras. Semasa Sabrina jatuh, dia menahan impak jatuhnya itu dengan tangan. Sebagai akibatnya, tulang lengan kirinya terkeluar dari soket di siku. Pengsan jugalah menahan sakit sementara doktor orthopedik merawat dan memasukkan tulang lengannya itu kembali ke soket siku. Akhirnya petang Sabtu itu Sabrina keluar dari HUKM dengan tangan bersimen dan bengkak di kaki..

BALIK KAMPUNG

Mujur juga ibu bapa saya dan ibu mertua sudah pencen. Apabila ibubapa saya pulang ke kampung, ibu mertua serta keluarga adik Sabrina datang berkunjung dan menolong. Tidak tergambar bagaimana saya dapat mengurus rumah dan anak-anak tanpa pertolongan mereka. Terutama melayan kerenah adik Arif, yang tidak mengerti kenapa dia tidak mendapat ‘layanan seperti biasa’ oleh ibunya. Jazakallah semua..

Di atas perbincangan di antara saya, isteri, ibu mertua dan Hisyam, adik Sabrina kami membuat keputusan untuk kembali ke Bukit Mertajam. Di sana, insya-Allah keperluan isteri dan anak-anak akan lebih terbela. Lagipun cuti panjang Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah menyebabkan saya hanya terpisah dengan keluarga hanya 3 hari. Selepas itu, insya-Allah saya akan menjemput mereka kembali ke rumah, kerana temujanji Sabrina dengan doktor 6 Februari ini.

DUNIA HASIF

Bila balik kampung, Hasiflah yang paling gembira. Mana tidaknya, dia akan diberi layanan kelas pertama oleh Tok Wan, Tok Yah dan Mak Toknya. Itu belum dikira ibu, bapa saudara dan nenek-nenek saudara yang lain. Tok Cik Mah awal-awal lagi sudah meminjamkan Gameboy kepada Hasif. Bila ke rumah Tok Wan, adik saya pula memanjakan Hasif dan Ahmad dengan PSP. Harapnya nanti Hasif tidak akan merengek-rengek meminta saya membelikannya pula!

Bila di rumah Mak Tok di Kubang Semang, Pak Su Faiz dan Pak Long Habib akan menjadi teman bermain. Pak Su Faiz baru darjah 6 dan Pak Long Habib pula tingkatan 1. Bila ke rumah Tok Yah di Teluk Air Tawar pula, Ahmad, anak abang saya Izwan pula menjadi rakan sepermainan. Dia pula hanya beza setahun dengan Hasif. Baru masuk darjah 1. Main, main dan terus bermain. Itu sahaja yang berlegar di fikiran Hasif. 

Sepanjang berada di kampung beberapa jemputan kenduri dan majlis kesyukuran tidak dapat saya tunaikan. Mohon maaf kepada Tok Lang, Mak Long Dasima, dan Pak Lang Lid, harapnya mereka memahami keadaan kami sekeluarga yang tidak mengizinkan. Hanya Muhammad Hasiflah yang menjadi wakil!

triptokwan

Dari kiri: Nabilah, adik Arif, Tok Yah, Aisyah, Tok Wan, Hasif dan Ahmad

hasifngangDari kiri: Pak Long Habib, Hasif, Pak Su Faiz dan Arif di depan

9 Respon to “Dunia Hasif”


  1. 1 Mrs. Kimal Februari 2, 2009 at 11:39 pm

    Assalamualaikum, sampaikan salam saya buat sabrina. Semoga beliau cepat sembuh insyaAllah..

  2. 3 sayang Februari 4, 2009 at 1:19 am

    always enjoy reading ur articles

  3. 5 sabrina Februari 4, 2009 at 1:21 am

    salam diterima…sihat??

  4. 6 Mrs. Kimal Februari 11, 2009 at 9:11 pm

    salam sabrina, alhamdulillah sihat.. macamana keadaan la ni? dah bertambah baik? insyaAllah kalau ada kelapangan waktu boleh la kita berjumpa. hugs and kisses to ur 2 lil heroes ya.


  1. 1 Maafkan kami, Arif « Izhar Hadafi’s Blog Jejak balik bagi April 13, 2009 at 3:23 pm
  2. 2 Perjalanan Kerjaya « Izhar Hadafi’s Blog Jejak balik bagi Mei 28, 2009 at 1:33 pm
  3. 3 Bunga Selepas Kumbang « Izhar Hadafi’s Blog Jejak balik bagi Oktober 22, 2009 at 10:45 pm

Tinggalkan jawapan